::Snow Pink::
D'Owner!

Nurul Qistina



Entries About Linkies Stuff

Assalamualaikum. Welcome to my page.


My BFF!

Fatin Afifa from Pahang!


Inani Amirah from Kelantan!


Ridzuan from Kelantan !


Alia Najiha from Pahang!
Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Nurul Qistina
Others: ♥ ♥ ♥


Cara Untuk Dapatkan CGPA 3.5 ke-atas sepanjang semester

1. Jangan sesekali ponteng kelas

Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu subjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan keseriusan pada pensyarah dan mereka biasanya sentiasa suka menolong pelajar yang serius nak belajar.

2. Pergi awal sebelum kelas bermula

Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurangnya 15 minit awal. Pastikan persiapan anda untuk belajar lengkap segalanya bermula dari buku, kertas untuk menyalin nota dan alat-alat tulis.

3. Memberikan tumpuan pada pelajaran sampai faham

Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali tak faham, angkat tangan bertanya sampai faham. Selagi tak faham, angkat tangan dan jika pensyarah ajar laju-laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak perlahan dan minta untuk ulang semula. Biasanya pensyarah akan ulang semula dan jika perlu dia akan datang ke meja untuk mengajar saya.

4. Ajar sekurang-kurangnya pada 3 orang rakan sekelas

Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah tetapi mereka diamkan diri berpura-pura faham. Saya tahu situasi itu dan biasanya saya akan terangkan pada mereka yang tak faham tadi terutamanya kawan rapat sampai mereka faham sebelum balik. Selagi mereka tak faham saya akan terangkan dan tidak akan balik selagi mereka tak faham.

5. Jemput kawan ke bilik jika masih tidak faham

Bila balik ke bilik, kebanyakkan dari kita akan jarang mengulang kaji. Apa yang boleh di buat adalah ajak rakan-rakan yang nak ulangkaji datang ke bilik dan belajar di situ. Sambil membaca, mereka belajar dan jika tak faham, cuba fahamkan diri anda dahulu dan kemudian ajar mereka pula. 

6. Bersukan setiap petang

Selesai solat asar, kalau boleh, jangan duduk dalam bilik untuk belajar. Itu merupakan masa penting untuk sibukkan diri anda di padang. Sibukkan diri anda dengan bermain tenis, sepak takraw, ping-pong, bola dan apa saja yang orang lain main. Bersukan sampai berpeluh membuatkan diri kita letih dan lebih mudah untuk tidur awal.

7. Bersolat jemaah Maghrib dan Isyak

Ini penting untuk tenangkan jiwa dan mendamaikan hati. Waktu ini digunakan untuk berwirid dan berdoa agar Allah cerahkan hati kita untuk memahami pelajaran. 

8. Tidur awal

Pastikan untuk berehat tidur sebelum pukul 10 malam. Semua kerja rumah atau ulangkaji akan dilakukan selepas waktu Isya' sampai selewatnya pukul 10. Tiada lagi hiburan selepas waktu itu.

9. Melakukan solat sunat ( tambah sendiri )

Melakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat hajat kerana besar fadhilatnya.